CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 21 April 2012

1.5 SISTEM BARTER

Maksud sistem barter
-          Merupakan satu bentuk perniagaan yang melibatkan proses pertukaran barang dengan barang bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna tanpa melibatkan mata wang. Cntohnya, Samad menukarkan sayur bayam dengan kan daipada Amat.
-          Hanya bole berlaku dalam situasi berikut:
a) Memiliki barangan berlebihan untuk ditukarkan
b) Mempunyai kemahuan atau kehendak yang serentak

Kelebihan dan kelemahan sistem barter

Kelebihan
Kelemahan
·         Tidak melibatkan orang tengah
·         Pertukaran barang hanya berlaku apabila kedua-dua pihak berpuas hati dengan urus niaga mereka
·         Tiada peningkatan harga
·         Masalah kemahuan serentak
·         Masalah pembahagian
·         Masalah kadar pertukaran
·         Masalah menyimpan nilai
·         Masalah membawa barang


1.4 PENGKHUSUSAN

MAKSUD PENGKHUSUSAN
-          Merupakan proses penumpuan kepada penghasilan sesuatu keluaran secara produktif. Terdapat empat jenis pengkhususan iaitu:
a) Pengkhususan mengikut profesion
b) Pengkhususan mengikut proses
c) Pengkhususan mengikut kawasan
d) Pengkhususan antarabangsa


KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN
Kelebihan dan kelemahan pengkhususan

Kelebihan
Kelemahan
·         Pekerja menjadi bertambah cekap dan mahir
·         Pekerja mudah bosan dan jemu dengan kerja yang mereka lakukan secara berulang-kali


·         Daya pengeluaran dan kualiti produk meningkat
·         Daya pengeluaran mungkin merosot

·         Masa dan kos latihan dijimatkan
·         Penggunaan mesin menghasilkan keluaran yang standard dan mutu yang sama
·         Masa dapat dijimatkan. Pekerja mampu mengkhusus dalam bidang yang sesuai dengan bakat dan minatnya.
·         Pengeluaran barang adalah seragam, pengguna tiada pilihan
·         Pengeluaran menggunakan mesin-mesin moden memudahkan kerja
·         Sukar mencari pekerjaan kerana mempunyai kemahiran kerja yang terhad kepada bidang kerja tertentu sahaja
·         Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.
·         Menyekat mobiliti dan meningkatkan pengangguran
·         Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan




1.3 FAKTOR PENGELUARAN

a) TANAH – Merangkumi semua sumber atau bahan mentah yang ada dalam perut bumi seperti petroleum, bijih timah, hasil hutan, hasil laut, dan sebagainya. Sumber alam semulajadi ini diperoleh secara percuma kerana ianya anugerah daripada Tuhan dan digunakan secara langsung dan tidak langsung dalam pengeluaran.  
b) BURUH – Meliputi tenaga kerja manusia yang terlibat secara mental dan fizikal untuk menghasilkan sesuatu keluaran. Terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir (banyak menggunakan tenaga mental) dan buruh kurang mahir (banyak menggunakan tenaga fizikal)
c) MODAL – Harta benda atau sumber kewangan yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran. Terdiri daripada wang tunai atau aset seperti mesin, bangunan, kenderaan, barang-barang dan sebagainya. Biasanya disumbangkan oleh usahawan.
d) USAHAWAN – Orang yang menguruskan, menjalankan, mentadbirkan, menanggung risiko dan mendapat untung atas usahanya. Usahawan yang akan menggabungkan semua factor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang.

Peniaga dan Usahawan

Peniaga
Usahawan
Mementingkan keuntungan dalam perniagaan.
Mengutamakan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Jarang melakukan perubahan.
Sering melakukan perubahan dalam perniagaan.
Tidak mengetahui selok belok perniagaan.
Menyelidik dan memahami selok belok perniagaan.
Aktivitinya bergantung kepada jual beli barang sahaja.
Aktivitinya tidak tertakluk kepada jual beli barang, tetapi melibatkan semua perkara seperti proses mengeluarkan barang sendiri.




Ciri-ciri usahawan
1) Inovatif
2) Kreatif
3) Berani menghadapi risiko
4) Tekun dan rajin
5) Berpandangan jauh
6) Bercita-cita tinggi
7) Bertanggungjawab
8) Bijak merebut peluang
PERANAN USAHAWAN
1) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
2) Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi Negara
3) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
4) Meningkatkan taraf hidup masyarakat
5) Penemuan ciptaan baru dalam bidang teknologi

1.2 PENGELUARAN


MAKSUD PENGELUARAN:
-          Pengeluaran dapat didefinasikan sebagai aktiviti atau usaha produktif untuk untuk menghasilkan keluaran barang dan perkhidmatan yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak manusia.
-          Kegiatan produktif yang menghasilkan keluaran dan memuaskan keperluan manusia sahaja akan digelar pengeluaran.

PROSES PENGELUARAN
-          Pengeluaran juga bermaksud proses penciptaan utiliti atau penghasilan nilai faedah.
-          Pengeluaran yang menghasilkan nilai faedah iaitu:
a) faedah bentuk – Nilai faedah yang terhasil daripada perubahan bentuk sesuatu keluaran.
b) Faedah Tempat – Melibatkan perpindahan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan dari tempat yang tidak mempunyai permintaan ke tempat yang mempunyai permintaan.
c) Faedah Masa – Bergantung kepada keadaan masa yang diperlukan sesuatu barang, biasanya melibatkan proses pergudangan.
d) Faedah Milikan – Merujuk kepada pertukaran milik sesuatu barang. Barang akan tinggi nilainya kepada orang yang lebih memerlukan.


JENIS PENGELUARAN
-Jenis-jenis pengelauaran terbahagi kepada dua iaitu:
a) Pengeluaran langsung – Pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga, tanpa bantuan pihak luar.
b) Pengeluaran tak langsung – Pengeluaran yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak.
- Matlamat kedua-dua jenis pengeluaran ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.


CABANG PENGELUARAN
-          Terdapat tiga jenis cabang pengeluaran iaitu:
i) Perusahaan
ii) Perdagangan
iii) Pengeluaran Langsung

i) Perusahaan – Merupakan usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap. Cabangnya terdiri daripada:
a) Perusahaan Ekstraktif- Meliputi usaha untuk mengeluarkan bahan mentah        daripada perut bumi. Contohnya aktiviti perlombongan, perikanan dan pertanian.
b) Perusahaan Perkilangan – Merupakan usaha memproses dan menukarkan bahan mentah menjadi bahan separa siap dan barang siap untuk keperluan pengguna. Contohnya kilang Colgate.
c) Perusahaan Pembinaan – Merangkumi aktiviti pemasangan, pembinaan, dan pengubahsuaian yang melibatkan barang siap dan barang tidak siap. Contohnya pembinaan bangunan, kapal dan jambatan.

ii) Perdagangan – Meliputi aktiviti pengagihan dan pemindahan bahan mentah, barang separa siap, dan barang siap daripada pengeluar kepada pengguna akhir. Cabangnya terdiri daripada:
a) Perniagaan – Aktiviti menjual dan membeli barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.
b) Bantuan Perniagaan – Meliputi semua bantuan untuk melincinkan aktiviti perniagaan yang terdiri daripada pengangkutan, pergudangan, insurans, perbankan, promosi dan komunikasi.

iii) Khidmat Langsung – Merangkumi perkhidmatan peribadi yang diberikan oleh seseorang individu kepada pengguna akhir. Contoh perkhidatan langung adalah seperti doctor, guru, mekanik, dan sebagainya.

Wednesday, 18 April 2012

1.1 KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA


Maksud keperluan:
-          Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan.Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum.
-          Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.
-          Keperluan terdiri daripada:
a) keperuan asas
b) keperluan sampingan
- keperluan asas terdiri daripada:
a) makanan- untuk pertumbuhan tubuh badan dan kesihatan
b) pakaian- untuk melindungi tubuh badan
c) tempat tinggal- untuk melindungi daripada keadaan cuaca dan binatang buas

Maksud kehendak:
-Kehendak adalah keinginan terhadap barang  perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal(tahap minimum), serta dapat meningkatkan taraf hidup.
-perbezaa kehendak antara individu dngaruhi oleh factor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.
- cirri-ciri kehendak manusia adalah:
a) kompleks dan tidak terhad
b) sukar dipuaskan
c) sentiasa berubah

Membezakan antara keperluan dan kehendak

Keperluan
kehendak
Diperlukan untuk hidup
Keperluan untuk hidup lebih selesa dan sempurna
Keperluan mesti/wajib dipuaskan
Tidak dapat dipuaskan sepenuhnya
Sama untuk setiap manusia
Berbeza-beza mengikut kehidupan manusia



Thursday, 22 March 2012