a) TANAH – Merangkumi semua sumber atau bahan mentah yang ada dalam perut bumi seperti petroleum, bijih timah, hasil hutan, hasil laut, dan sebagainya. Sumber alam semulajadi ini diperoleh secara percuma kerana ianya anugerah daripada Tuhan dan digunakan secara langsung dan tidak langsung dalam pengeluaran.
b) BURUH – Meliputi tenaga kerja manusia yang terlibat secara mental dan fizikal untuk menghasilkan sesuatu keluaran. Terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir (banyak menggunakan tenaga mental) dan buruh kurang mahir (banyak menggunakan tenaga fizikal)
c) MODAL – Harta benda atau sumber kewangan yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran. Terdiri daripada wang tunai atau aset seperti mesin, bangunan, kenderaan, barang-barang dan sebagainya. Biasanya disumbangkan oleh usahawan.
d) USAHAWAN – Orang yang menguruskan, menjalankan, mentadbirkan, menanggung risiko dan mendapat untung atas usahanya. Usahawan yang akan menggabungkan semua factor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang.
Peniaga dan Usahawan
Peniaga
|
Usahawan
|
Mementingkan keuntungan dalam perniagaan.
|
Mengutamakan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
|
Jarang melakukan perubahan.
|
Sering melakukan perubahan dalam perniagaan.
|
Tidak mengetahui selok belok perniagaan.
|
Menyelidik dan memahami selok belok perniagaan.
|
Aktivitinya bergantung kepada jual beli barang sahaja.
|
Aktivitinya tidak tertakluk kepada jual beli barang, tetapi melibatkan semua perkara seperti proses mengeluarkan barang sendiri.
|
Ciri-ciri usahawan
1) Inovatif
2) Kreatif
3) Berani menghadapi risiko
4) Tekun dan rajin
5) Berpandangan jauh
6) Bercita-cita tinggi
7) Bertanggungjawab
8) Bijak merebut peluang
PERANAN USAHAWAN
1) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
2) Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi Negara
3) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
4) Meningkatkan taraf hidup masyarakat
5) Penemuan ciptaan baru dalam bidang teknologi
No comments:
Post a Comment