CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 18 April 2012

1.1 KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA


Maksud keperluan:
-          Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan.Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum.
-          Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.
-          Keperluan terdiri daripada:
a) keperuan asas
b) keperluan sampingan
- keperluan asas terdiri daripada:
a) makanan- untuk pertumbuhan tubuh badan dan kesihatan
b) pakaian- untuk melindungi tubuh badan
c) tempat tinggal- untuk melindungi daripada keadaan cuaca dan binatang buas

Maksud kehendak:
-Kehendak adalah keinginan terhadap barang  perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal(tahap minimum), serta dapat meningkatkan taraf hidup.
-perbezaa kehendak antara individu dngaruhi oleh factor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.
- cirri-ciri kehendak manusia adalah:
a) kompleks dan tidak terhad
b) sukar dipuaskan
c) sentiasa berubah

Membezakan antara keperluan dan kehendak

Keperluan
kehendak
Diperlukan untuk hidup
Keperluan untuk hidup lebih selesa dan sempurna
Keperluan mesti/wajib dipuaskan
Tidak dapat dipuaskan sepenuhnya
Sama untuk setiap manusia
Berbeza-beza mengikut kehidupan manusia



9 comments: